Anggota bomba bertungkus-lumus memadam kebakaran  tujuh kuarters kakitangan KTMB di Jalan Megat Harun, Bukit Mertajam, pagi tadi. FOTO ihsan bomba
Anggota bomba bertungkus-lumus memadam kebakaran tujuh kuarters kakitangan KTMB di Jalan Megat Harun, Bukit Mertajam, pagi tadi. FOTO ihsan bomba
Nur Izzati Mohamad


Bukt Mertajam: Tujuh kuarters kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Jalan Megat Harun di sini, terbakar, pagi tadi.

Kejadian 10.30 pagi itu memusnahkan hampir 90 peratus tujuh kuarters berkenaan, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.34 pagi dan tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian bersama 15 anggota dari Balai Bomba Perda.

"Kebakaran memusnahkan sebahagian besar tujuh rumah kakitangan KTMB.

"Api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 11.30 pagi. Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Mei 2016 @ 1:48 PM