KEDAI yang terbakar di pekan Padang Matsirat. FOTO Hamzah Osman
KEDAI yang terbakar di pekan Padang Matsirat. FOTO Hamzah Osman
KEDAI yang terbakar di pekan Padang Matsirat. FOTO Hamzah Osman
KEDAI yang terbakar di pekan Padang Matsirat. FOTO Hamzah Osman
Hamzah Osman


Langkawi: Enam daripada 13 unit kedai satu tingkat sederet di pekan Padang Matsirat di sini musnah dalam kebakaran, hari ini.

Kejadian kira-kira 10 pagi itu tidak membabitkan sebarang kecederaan.

Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat Langkawi, Penolong Kanan Penguasa Bomba Yaakob Hassan berkata, 26 anggota bersama tiga jentera bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada 10.34 pagi.

"Ketika sampai, api marak membakar deretan kedai yang menempatkan 13 pintu kedai dan enam daripadanya terbakar 80 peratus, manakala tujuh lagi dapat diselamatkan.

"Api dapat dikawal pada 11.16 pagi," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Katanya, jumlah kerugian dan punca kejadian masih disiasat.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Julai 2016 @ 1:31 PM