Aksi Vettel bersama kereta F1 Ferrari pada sesi latihan pertama di Montmelo hari ini. FOTO AP/REUTERS
Aksi Vettel bersama kereta F1 Ferrari pada sesi latihan pertama di Montmelo hari ini. FOTO AP/REUTERS

Barcelona: Sebastian Vettel dan rakan sepasukan Ferrari Kimi Raikkonen mendahului sesi latihan pertama hari ini menjelang perlumbaan Grand Prix Sepanyol.

Dua pemandu terbabit mencatat masa setengah saat lebih pantas berbanding dua pencabar gandingan pasukan Mercedes Nico Rosberg dan Lewis Hamilton.

Ia permulaan memberangsangkan buat Ferrari yang cuba menamatkan empat kemenangan berturut turut diraih Rosberg pada permulaan musim biarpun masa dicatat menerusi tayar lembut tidak digunakan oleh pemandu Mercedes.

Vettel mencatat masa 1 minit 23.951 saat di litar Barcelona, satu persepuluh saat lebih pantas berbanding Raikkonen.

Rosberg .503 lebih perlahan berbanding Vettel dan Hamilton ketinggalan 0.660s di belakang tiga pemandu itu.

Hamilton menggunakan unit kuasa baru pada enjinnya untuk mengelak mengalami kegagalan mekanikal yang menjejaskan cabarannya musim ini. AP

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Mei 2016 @ 8:43 PM