ROSBERG curi peluang raih podium ke-50 di Itali.
ROSBERG curi peluang raih podium ke-50 di Itali.
AFP

Monza, Itali: Nico Rosberg memanfaatkan permulaan hambar rakan sepasukan Mercedes Lewis Hamilton untuk menjuarai Grand Prix Itali di Monza sekali gus merapatkan jurang pendahuluan dengan hanya dua mata.

Pemandu Jerman berusia 31 tahun itu mendahului sejak awal perlumbaan apabila Hamilton yang menduduki petak pertama berdepan masalah, memecut untuk menguasai perlumbaan dan menamatkan perlumbaan 15 saat di depan juara bertahan itu.

Hamilton yang dilihat ketinggalan dalam perlumbaan itu sejak 20 meter pertama apabila lampu terpadam, kini mendahului kejohanan dengan 250 mata berbanding Rosberg 248.

Sebastian Vettel di tangga ketiga, ketinggalan 5.9 saat, mendahului rakan sepasukan Ferrari Kimi Raikkonen untuk menggembirakan peminat tuan rumah.

Ia kemenangan pertama di Itali, ketujuh sepanjang musim ini dan ke-21 sepanjang karier, mengukuhkan peluangnya bergelar juara dengan baki tujuh perlumbaan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 September 2016 @ 9:34 AM