SURAU yang menjadi sasaran vandalisme. FOTO Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor

Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor

Seremban: Sebuah surau di Taman Seremban Jaya, Fasa 10 dan Pejabat UMNO Bahagian Rembau, Jalan Seremban-Tampin, di sini menjadi sasaran vandalisme oleh individu tidak dikenali dalam kejadian awal pagi tadi.

Sumber polis berkata, dalam kejadian kira-kira 4 pagi itu, kedua-dua lokasi berkenaan dilukis logo Nazi dan ditulis perkataan ‘Samsung, 18’ serta ‘Mohant’.

Katanya, pihaknya mempercayai ia dilakukan golongan 'kutu rayap' yang sengaja merosakkan kedua-dua premis berkenaan.

"Kita (polis) percaya kegiatan vandalisme ini berunsurkan khianat dan lebih mengecewakan apabila ia dilakukan di surau," katanya.

Katanya, bagaimanapun perkara itu hanya disedari penduduk kira-kira 8 pagi tadi.

Sementara itu Setiausaha Kerja UMNO Bahagian Rembau Zuliana Mohd Ridzuan dan Mantan Pengerusi Surau Hubbul Watan taman itu A Ghani Ismail masing-masing membuat laporan polis 10.30 pagi dan 8.30 pagi di Balai Polis Senawang di sini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Disember 2014 @ 12:44 PM