BEKAS Pengerusi Surau A Ghani Ismail menunjukkan keadaan surau yang dicemari dengan contengan semburan cat. FOTO Iqmal Haqim Rosman
BEKAS Pengerusi Surau A Ghani Ismail menunjukkan keadaan surau yang dicemari dengan contengan semburan cat. FOTO Iqmal Haqim Rosman
Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor

Seremban: Polis menahan empat lelaki berusia antara 18 hingga 32 tahun yang disyaki terbabit dalam kegiatan vandalisme terhadap surau di Taman Seremban Jaya dan Pejabat UMNO Bahagian Rembau, Jalan Seremban, Tampin, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisoner Muhamad Zaki Harun berkata, keempat-empat suspek ditahan di sekitar bandar ini, di sini, semalam bagi membantu siasatan terhadap merosakkan harta awam dan tempat ibadah.

Katanya, pihaknya buat masa ini masih mengesan beberapa individu lain yang terbabit dalam kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan iaitu merosakkan tempat ibadah dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu khianat.

Sumber memberitahu, selain surau dan bangunan UMNO, sebuah masjid di Taman Seremban Jaya turut menjadi sasaran vandalisme apabila tertera logi Nazi dan perkataan 'Samsung', 'Mohant' dan '18'.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Disember 2014 @ 9:38 AM