Oleh Sitie Nurhajatulziemah Mohd Nor

Rembau: Seorang wanita maut dipercayai dilanggar kenderaan berat di Kilometer 37 Jalan Seremban-Tampin dekat Kota, 5.15 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Ibrahim Sharif berkata, tiada pengenalan diri dijumpai pada diri mangsa menyebabkan sukar untuk menghubungi waris mangsa.

"Siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya mayat dihantar ke Hospital Tampin untuk bedah siasat.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi Bilik Gerakan IPD Rembau ditalian 06-6852222 atau tampil ke balai berdekatan untuk membantu siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Mac 2015 @ 1:16 PM