Bagi yang mahukan aksesori tambahan untuk iPad mereka, anda boleh mendapatkan Logitech Type+, papan kekunci mudah alih sesuai untuk keluaran baru Apple selain mempunyai tahap kenipisan yang tidak membebankan.

Peranti yang disambungkan melalui bluetooth terbabit mempunyai ciri automatik beroperasi serentak apabila fungsi menaip diaktifkan dalam iPad.

Selain itu, Logitech memperkenalkan kasing untuk iPad Air dan Mini yang baru dengan model AnyAngle yang boleh mendirikan produk Apple terbabit sehingga 50 darjah.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Disember 2014 @ 5:00 AM