AHMAD Zahid merasmikan projek menaik taraf Jalan Ulu Baram-Miri pada majlis bersama RELA di Long Lama. FOTO Bernama
AHMAD Zahid merasmikan projek menaik taraf Jalan Ulu Baram-Miri pada majlis bersama RELA di Long Lama. FOTO Bernama
Kandau Sidi


Baram: Projek menaik taraf jalan balak bernilai RM200 juta di pekan paling terpencil di utara Sarawak, Long Lama, dilancarkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, hari ini.

Projek menaik taraf jalan balak fasa empat di bahagian Miri itu turut membabitkan usaha menaik taraf jalan balak sepanjang 429.5 kilometer seluruh Sarawak.

Ia juga bakal memberi manfaat kepada lebih 50,000 penduduk mejoritinya Orang Ulu dan Iban di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telang Usan.

Jalan balak yang turut dinaik taraf ialah di Sri Aman, Betong, Sarikei, Kapit, Sibu dan Bintulu.

Zahid juga mengumumkan peruntukan RM70 juta daripada Kerajaan Pusat untuk meringankan kos membina Jambatan Long Lama bernilai lebih RM100 juta.

Zahid juga terpaksa menggunakan jalan darat selama dua jam untuk menghadiri Majlis Bersama Rela yang diiringi calon Barisan Nasional (BN) Dun Telang Usan, Dennis Ngau.

Beliau juga menyampaikan sijil penghargaan kepada petugas Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan menyerahkan simbolik pakaian seragam anggota keselamatan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 April 2016 @ 9:58 PM