AHMAD Zahid hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. FOTO Aizuddin Saad
AHMAD Zahid hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. FOTO Aizuddin Saad
Murni Wan Omar

BEKAS Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengaku tidak bersalah atas 10 kesalahan pecah amanah jenayah dan lapan kesalahan menerima suapan dan upah sebagai dorongan untuk membantu beberapa syarikat mendapatkan projek membabitkan nilai RM42 juta.

Zahid membuat pengakuan itu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini.

Zahid didakwa mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 atas kesalahan menerima suapan dan upah sebagai dorongan untuk membantu beberapa syarikat mendapatkan projek.

Zahid turut didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan atas kesalahan pecah amanah jenayah dana Yayasan Akal Budi.

Pertuduhan mengikut Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUA) 2001 sedang dibacakan terhadap Ahmad Zahid.

Berita lanjut menyusul

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Oktober 2018 @ 9:55 AM