SHEA menggemari makanan Korea.
SHEA menggemari makanan Korea.

Menggemari sajian masyarakat Korea, pengacara program Sis yang disiar menerusi TV9, Shea Rasol, mengakui cita rasa menu disediakan Milk Moustache Cafe menepati seleranya.

Memilih Jajangmyun, iaitu mi bersama kuah pes ‘black bean’, blogger ikon fesyen ini menyifatkan ia tidak ubah seperti makanan tempatan, rojak mi.

“Kuahnya yang berwarna hitam mempunyai rasa yang pekat dan teksturnya kasar seperti kuah rojak.

“Ia juga manis, sedikit masam dan pedas membuatkan tidak muak ketika menjamunya.

“Lagi satu, saiz hidangan sangat besar dan ia boleh dikongsi bersama teman. Harganya pula sangat berpatutan.

“Ini kali pertama saya mengunjungi tempat ini dan tidak sangka wujudnya kafe berkonsepkan Korea di kawasan Bangi dan Kajang diusahakan Bumiputera, sekali gus diyakini status halalnya.

“Pastinya, Milk Moustache Cafe akan menjadi satu lagi pilihan untuk menjamu selera,” kata Shea yang juga mengusahakan butik sendiri, Shea Rasol, di Bangi Sentral.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 April 2016 @ 5:00 AM