PENDUDUK  Merbok mengambil air bersih di Tupah.
PENDUDUK Merbok mengambil air bersih di Tupah.
ARBAAYAH dari Kampung Bendang Dalam, Merbok, membasuh pakaian di sungai dekat Lembah Bujang, semalam.
ARBAAYAH dari Kampung Bendang Dalam, Merbok, membasuh pakaian di sungai dekat Lembah Bujang, semalam.
Omar Osman


Sungai Petani: “Air di rumah tak dak (tiada) sudah lebih dua bulan. Jadi mahu tak mahu terpaksa mai (pergi) dekat sungai (Lembah Bujang) ini untuk membasuh pakaian dan mandi sekali,” kata Arbaayah Saad, 65, antara 2,000 penduduk Merbok yang terjejas akibat bekalan air bersih terputus disebabkan kemarau yang berlaku, sejak awal tahun ini.

Berikutan ketiadaan bekalan air, ramai penduduk menjadikan Sungai Lembah Bujang berhampiran sebuah resort dekat Muzium Arkeologi Lembah Bujang di sini, sebagai lokasi membasuh pakaian dan mandi setiap hari kerana airnya bersih dan tidak kering manakala air minuman pula diambil dari Tupah.

Selain itu, golongan pesawah turut menghadapi masalah sama apabila ratusan hektar sawah mereka tidak dapat diusahakan disebabkan air Ban Merbok tidak mencukupi dan hampir kering kerana tiada hujan.

Arbaayah dari Kampung Bendang Dalam, Merbok berkata, sungai berkenaan kini satu-satunya sumber air hingga menjadi tumpuan penduduk sekitar termasuk keluarganya untuk mandi-manda dan membasuh pakaian sejak bekalan air terputus kira-kira dua bulan lalu.

Katanya, dia dan ahli keluarga akan datang ke sungai itu untuk membasuh pakaian dan mandi setiap hari walaupun jaraknya kira-kira lima kilometer dari rumah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 April 2016 @ 7:23 AM