MANGSA tersepit dibawa keluar untuk dihantar ke hospital. FOTO ihsan bomba
MANGSA tersepit dibawa keluar untuk dihantar ke hospital. FOTO ihsan bomba
KEADAAN kereta yang terbabit dalam kemalangan. FOTO ihsan Bomba
KEADAAN kereta yang terbabit dalam kemalangan. FOTO ihsan Bomba
Azahar Hashim


Kulim: Wanita cedera akibat tersepit selepas kereta dipandunya bertembung dengan kereta lain di Taman Desa Aman, Jalan Baling ke Kulim, 8 pagi tadi.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 8.03 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kulim Hi Tech bersama seorang pegawai dan lima anggota tiba di tempat kejadian 18 minit kemudian mendapati wanita berusia 50-an tersepit.

"Pihak bomba kemudian menyelamatkan mangsa yang tersepit di tempat pemandu.

"Mangsa dibawa keluar tidak lama kemudian dan dihantar ke hospital untuk menerima rawatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 April 2016 @ 10:53 AM