KEADAAN kenderaan terbabit dalam kemalangan. FOTO ihsan Bomba
KEADAAN kenderaan terbabit dalam kemalangan. FOTO ihsan Bomba
Mohd Hafizee Mohd Arop


Gerik: Jururawat lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabit kemalangan dengan lori di Kilometer 67, Jalan Kuala Kangsar-Gerik, dekat Kampung Malau, Lawin.

Dalam kejadian 10 pagi itu, mangsa Muhamad Firdaus Kaus, 28, maut di tempat kejadian manakala pemandu lori, Chang Chuah Kew, 34, parah.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Gerik berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan itu pada 10.14 pagi dan sebaik tiba di lokasi kejadian mendapati seorang mangsa sudah meninggal dunia manakala seorang lagi tersepit.

"Kemalangan membabitkan kereta dengan lori satu tan dan pemandu kereta disahkan sudah meninggal dunia manakala pemandu lori parah akibat tersepit dibahagian tempat duduk pemandu.

"Bomba menggunakan pemotong hidraulik untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dan kemudian menyerahkannya kepada pasukan perubatan untuk tindakan lanjut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Ogos 2016 @ 5:25 PM