DUA anggota penguat kuasa Singapura memeriksa  tangki simen yang mengandungi kotak rokok seludup. Gambar kanan, debu simen bercampur kotak rokok.
DUA anggota penguat kuasa Singapura memeriksa tangki simen yang mengandungi kotak rokok seludup. Gambar kanan, debu simen bercampur kotak rokok.
Rizanizam Abdul Hamid


Kuala Lumpur: Pencemaran bahan kimia lain pada rokok seludup yang sudah mempunyai kandungan kimia lebih tinggi daripada paras dibenarkan Kementerian Kesihatan mampu mengundang maut dan meningkatkan risiko penyakit berbahaya kepada penggunanya.

Presiden Persatuan Doktor Islam Malaysia (PERDIM) Datuk Dr Ahmad Shukri Ismail berkata, selain daripada ribuan kimia dan racun yang terkandung di dalam rokok seludup, campuran bahan seperti debu atau habuk simen boleh membunuh dalam waktu lebih singkat.

“Rokok yang terdedah atau bercampur dengan kimia lain selain di dalam tembakaunya seperti debu simen sangat berbahaya kerana boleh menambah risiko pneumoconiosis atau sakit paru-paru yang boleh menyebabkan lelah termasuklah kanser.

“Di dalam rokok seludup terutamanya bahan kimia beracun adalah lebih tinggi daripada paras dibenarkan dan kesannya bertambah teruk apabila bercampur dengan debu simen kerana turut berisiko menyebabkan penyakit lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Harian Metro bagi mengulas taktik penyeludupan 10,000 karton rokok seludup menggunakan lori simen yang dibongkar pihak berkuasa Singapura pada 12 April lalu.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 April 2016 @ 5:47 AM