Kenyataan media LHDN hari ini.
Kenyataan media LHDN hari ini.
Hayati Ibrahim

Cyberjaya: Mulai Isnin ini, pembayar cukai yang terlupa kata laluan eFiling boleh menetapkan semula (reset) kata laluan mereka melalui SMS.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam satu kenyataan berkata, melalui inisiatif baharu yang diperkenalkan itu, pembayar cukai yang terlupa kata laluan e-Filing boleh memohon kod pengaktifan sementara (KPS) menggunakan nombor telefon bimbit yang berdaftar dengan LHDN.

"Bagaimanapun, ketika ini, kaedah berkenaan hanya dapat dilakukan oleh pengguna talian Maxis, Digi dan Umobile sahaja, manakala pengguna talian lain akan dapat menikmati kemudahan ini pada masa depan selepas urusan berkaitan dimuktamadkan.

"Syarikat penyedia telekomunikasi (Telco) akan mengenakan caj 50 sen kepada pengguna kemudahan ini untuk setiap SMS maklum balas yang diberikan,"katanya.

Menurut kenyataan itu, KPS adalah sah selagi ia tidak digunakan oleh pembayar cukai untuk menetapkan semula kata laluan e-Filing mereka.

"Untuk tindakan set semula kata laluan menggunakan KPS, pembayar cukai boleh melayari portal rasmi LHDN di

www.hasil.gov.my>EzHASiL>e-Filing>Bantuan>Terlupa Kata Laluan atau klik pautan berikut, https://ez.hasil.gov.my/CI/Bantuan_Anon.aspx,"katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 April 2016 @ 8:16 PM