Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail


Kuching: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan 25 April sebagai hari penamaan calon, manakala 7 Mei hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11).

Pengerusi SPR Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata, tarikh itu ditetapkan hasil mesyuarat khas yang diadakan sebentar tadi.

Menurutnya, seramai 1.138 juta pemilih layak mengundi di negeri ini.

"SPR menetapkan 14 April sebagai tarikh permohonan undi pos luar negara dibuka dan 25 April tutup permohonan.

"Permohonan undi pos dalam negara dibuka pada 27 April dan tutup pada 1 Mei.

"Hari pengundian awal dibuat pada 3 Mei ini," katanya ketika sidang media SPR sempena PRN Ke-11 di sini, sebentar tadi.

Hashim berkata, sebanyak 1,879 premis digunakan sebagai pusat mengundi dengan2,959 saluran tempat mengundi.

Katanya, kos PRN-11 dianggarkan sebanyak RM135.6 juta.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubarkan pada 11 April lalu.

Sebanyak 82 kerusi DUN dipertandingkan dalam PRN-11 ini dengan 11 daripadanya kerusi baru.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 April 2016 @ 12:40 PM
PENGERUSI SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah pada sidang media pengumuman tarikh penamaan calon dan pengundian sempena Pilihan Raya Negeri Sarawak ke -11 di Kuching. FOTO Muhd Zaaba Zakeria
PENGERUSI SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah pada sidang media pengumuman tarikh penamaan calon dan pengundian sempena Pilihan Raya Negeri Sarawak ke -11 di Kuching. FOTO Muhd Zaaba Zakeria