KETUA Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem melambai kearah wartawan selepas selesai sidang media khas berkenaan tarikh pembubaran Dewan undangan Negeri Sarawak di Wisma Bapa, Kuching, semalam. FOTO Muhd Zaaba Zakeria

Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail

Petra Jaya: Surat pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak sudah dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pagi ini.

Speaker DUN, Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar berkata, surat yang ditandatangani Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud bertarikh 31 Mac itu dihantar kepada SPR untuk memaklumkan mengenai pembubaran DUN Sarawak pada 11 April ini.

"Selepas ini terpulang kepada SPR untuk membuat keputusan lanjut mengenai tarikh penamaan calon dan hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11.

"Pilihanraya adalah kuasa SPR dan tarikh penting PRN ke-11 hanya akan diumumkan sebaik DUN secara rasmi dibubarkan," katanya ketika Sidang Media di DUN Sarawak di sini, sebentar tadi.

Semalam, Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem mengumumkan tarikh pembubaran DUN Sarawak pada 11 April bagi membolehkan PRN Sarawak Ke-11 dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 April 2016 @ 11:08 AM