Adenan umum cadangan tarikh hari pengundian dan penamaan calon PRN Ke-11 Sarawak, hari ini. FOTO  Che Rani Che Din
Adenan umum cadangan tarikh hari pengundian dan penamaan calon PRN Ke-11 Sarawak, hari ini. FOTO Che Rani Che Din
Oleh Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail


Santubong: Spekulasi mengenai tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-11 Sarawak terjawab apabila Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem mencadangkan 30 April depan sebagai hari pengundian.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak turut mencadangkan 18 April sebagai tarikh penamaan calon.

"Saya juga sudah berjumpa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan berbincang mengenai tarikh ini.

"Saya tidak akan berselindung lagi kerana ia hanya menimbulkan spekulasi dan selepas pengumuman ini tiada lagi tekaan," katanya.

Beliau mengumumkan kedua-dua tarikh itu dalam ucapannya ketika merasmikan Seminar Persiapan Menghadapi PRN-11 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok di sini, sebentar tadi.

Hadir sama, Menteri Perumahan dan Pelancongan Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Abang Openg merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok dan Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Bagaimanapun, beliau yang juga Presiden PBB tidak menyatakan bila tarikh DUN akan dibubarkan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 January 2016 @ 10:53 PM