Siraj Mohd Zaini


SERAMAI 36 individu direman selama tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kematian penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad berkata, 32 daripada mereka adalah penuntut UPNM manakala empat lagi dari Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

Kesemua yang ditahan berusia 20 hingga 21 tahun.

Katanya, laporan polis telah diterima dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Semua yang ditangkap direman sehingga 8 Jun ini dan siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya, di Shah Alam, hari ini.

Mangsa, Zulfarhan Osman Zulkarnain,21, pegawai kadet laut tahun tiga meninggal dunia di Hospital Serdang 10 malam semalam selepas dibawa beberapa rakannya untuk menerima rawatan mengenai kecederaan di badannya.

Allahyarham dipercayai memiliki kesan melecur akibat ditekap dengan seterika wap di bahagian dada, tangan dan kakinya.

Berita berkaitan:

Penuntut UPNM mati didera

'Allahyarham pernah mengadu dipukul rakan'

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Jun 2017 @ 3:30 PM