Hajahfarhana Tarmudi

Ada kalanya, ibu buntu memikirkan hidangan untuk anak bagi menggalakkan mereka makan. Ditambah sikap cerewet dalam memilih makan menambahkan kebimbangan ibu menyediakan sajian menarik.

Oleh itu, ibu perlu sentiasa kreatif dan mencari hidangan sesuai untuk anak bagi menambah selera makan terutama jika mereka terlalu memilih makanan. Sebaik-baiknya, pelbagaikan hidangan yang diberikan agar anak mendapat nutrisi yang mencukupi.

Sesekali bolehlah mencuba menyediakan hidangan sosej bersos yang ditunjukkan. Selain menggunakan bahan yang ringkas dan mudah disiapkan, ia juga enak dimakan bersama roti atau nasi.

Bagi menambah khasiat dalam hidangan, boleh campurkan sayur yang disukai anak seperti lobak merah dan brokoli. Jika kuah terlalu pekat boleh masukkan sedikit air.

Sebelum menambah gula atau garam ke dalam masakan, sebaik-baiknya rasa terlebih dulu bagi mengelakkan ia terlebih masin dan manis. Ini kerana kebiasaannya rasa sosej, sos dan kicap sudah pun cukup untuk memberikan rasa sempurna tanpa penggunaan garam, gula atau perisa.

BAHAN:

• 8 batang sosej (potong tiga setiap satu)

• Lobak merah, dihiris nipis (sayur mengikut pilihan disukai)

• 3 biji bawang putih (dicincang halus)

• 2 sudu besar sos tomato

• 3 sudu besar sos cili

• 1 sudu besar sos tiram

• 2 sudu besar kicap

• 2 sudu teh cuka (jika suka)

• Gula dan garam secukup rasa

• Hirisan cili merah (hiasan)

SEDIAKAN bahan diperlukan.
SEDIAKAN bahan diperlukan.

1. PANASKAN minyak dan goreng bawang putih hingga bertukar warna kekuningan.
1. PANASKAN minyak dan goreng bawang putih hingga bertukar warna kekuningan.

2. MASUKKAN sosej dan lobak merah. Goreng sebentar dan tuang sos cili, sos tomato, sos tiram, kicap dan cuka.
2. MASUKKAN sosej dan lobak merah. Goreng sebentar dan tuang sos cili, sos tomato, sos tiram, kicap dan cuka.

APABILA sudah masak, boleh diangkat dan tabur hirisan lada atau daun bawang sebagai hiasan. Hidangkan panas bersama roti.
APABILA sudah masak, boleh diangkat dan tabur hirisan lada atau daun bawang sebagai hiasan. Hidangkan panas bersama roti.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Oktober 2017 @ 2:40 PM