BAHAN-bahannya.
BAHAN-bahannya.
1. PANASKAN minyak dan tuangkan satu paket rencah kuah tiga rasa
1. PANASKAN minyak dan tuangkan satu paket rencah kuah tiga rasa
3. MASUKKAN nanas dan tomato, kacau sebati sehingga bahan agak lembut.
3. MASUKKAN nanas dan tomato, kacau sebati sehingga bahan agak lembut.
4. TUANGKAN kuah tiga rasa ke atas ikan goreng.
4. TUANGKAN kuah tiga rasa ke atas ikan goreng.
5. HIASKAN dengan daun sup.
5. HIASKAN dengan daun sup.
Yusliza Yakimir Abd Talib

Menyediakan hidangan untuk keluarga pada sesetengah wanita terutama ibu berkerjaya pasti terasa membebankan apatah lagi jika memerlukan rencah dan proses yang merumitkan.

Daripada proses penyediaan bahan hingga memastikan hidangannya menepati selera seisi keluarga, ramai ibu yang mengaku kalah dan akhirnya memilih restoran untuk menikmati hidangan enak.

Bagaimanapun, kemunculan pelbagai pengusaha yang inovatif dalam penyediaan pes masakan segera memudahkan tugas isteri dan ibu menyediakan hidangan enak tanpa perlu bersusah payah menyiapkan rencah yang kebanyakannya memerlukan proses rumit dan memakan masa.

Pes atau rencah yang terdapat di pasaran juga kebanyakannya tidak kurang enaknya jika dibandingkan dengan yang disediakan sendiri. Selain itu ia ada banyak pilihan, daripada sajian yang ringkas hinggalah masakan rumit.

Jenama Brahim’s sememangnya tidak asing di negara ini dalam penyediaan pes dan rempah makanan segera yang bukan saja enak malah memudahkan ramai orang memasak hidangan dengan lebih pantas tetapi masih mengekalkan rasa asli masakan tradisi dan moden.

Antara hidangan enak yang boleh disediakan dengan cepat tanpa penggunaan bahan yang rumit adalah ikan masak tiga rasa menggunakan perencah kuah tiga rasa Brahim’s.

Cef Eksekutif Dewina Holdings Sdn Bhd Norafandi Abd Malek menunjukkan langkah mudah menyediakan ikan masak tiga rasa.

BAHAN:

• Pes kuah tiga rasa Brahim’s

• Dua sudu minyak masak

• Isi ikan dipotong kecil dan digoreng (asingkan)

• Cili merah (dihiris)

• Nanas (dipotong dadu)

• Tomato (dipotong dadu)

• Daun sup (untuk hiasan)

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 January 2017 @ 2:20 PM