IHSAN Bomba dan Penyelamat
IHSAN Bomba dan Penyelamat
Fuad Hadinata Yaacob

Sungai Besar: Remaja lelaki berusia 16 tahun maut dipercayai lemas terhidu asap dalam kebakaran bengkel kereta, di sini, pada 7.15 petang, hari ini.

Kebakaran itu membabitkan bengkel tiga tingkat yang memusnahkan keseluruhan tingkat bawah.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan, pada 7.19 petang.

Katanya, empat belas anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Besar dan Sekinchan bergegas ke lokasi.

"Kebakaran dikawal pada 8.07 malam. Api dipadamkan pada 8.23 malam.

"Terdapat seorang mangsa lelaki berusia 16 tahun ditemui meninggal dunia berdekatan bilik air dipercayai lemas terhidu asap," katanya.

Mayat mangsa yang dikenali sebagai Chia Cheng Yong, dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 April 2016 @ 11:14 PM