Junaidi Ladjana


ASRAMA blok dua tingkat menempatkan pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Peter Mojuntin, Penampang, terbakar, pagi tadi.

Bagaimanapun dalam kejadian 7.30 pagi itu, tiada kecederaan dilaporkan.

Difahamkan, ketika kejadian, tiada pelajar berada di asrama berkenaan kerana sesi pembelajaran sudah bermula.

Jurucakap Jabatan Balai Bomba dan Penyelamat Malaysian (JBPM) Sabah berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan 7.33 pagi, sepasukan anggota bomba dikerah ke lokasi bagi memadam kebakaran.

"Kebakaran membabitkan blok di tingkat dua yang dihuni pelajar lelaki.

"Api dikawal 8.07 dan padam sepenuhnya sejam kemudian," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Operasi memadam kebakaran membabitkan 11 jentera termasuk utiliti dengan kekuatan seramai 53 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Penampang, Kota Kinabalu dan Lintas.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Mac 2018 @ 10:22 AM
SATU blok dua tingkat menempatkan pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Peter Mojuntin terbakar, pagi tadi. FOTO Ihsan Pembaca
SATU blok dua tingkat menempatkan pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Peter Mojuntin terbakar, pagi tadi. FOTO Ihsan Pembaca