FOTO ihsan bomba
FOTO ihsan bomba
Mohamad Azim Fitri Abd Aziz


Kuala Lumpur: Lelaki warga emas berusia 60-an melecur di kedua-dua tangan akibat kebakaran di rumahnya di tingkat 14 flat Sri Kelantan,Taman Sentul Jaya, di sini, kira-kira jam 7 pagi tadi.

Pegawai Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani berkata, kebakaran itu bagaimanapun tidak membabitkan kemalangan jiwa.

"Kebakaran membabitkan sebuah rumah yang dihuni lima mangsa dan mangsa yang melecur sudah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut," katanya.

Beliau berkata, punca sebenar kebakaran masih lagi disiasat sama ada berpunca daripada litar pintas atau sebaliknya.

Katanya, kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya jam 8.07 pagi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Julai 2016 @ 11:24 AM