POLIS menunjukkan kotak mengandungi dadah yang dirampas di kediaman seorang pegawai polis.
POLIS menunjukkan kotak mengandungi dadah yang dirampas di kediaman seorang pegawai polis.

Pinrang (Indonesia): Seorang pegawai polis ditahan selepas polis menemui kira-kira 3.4 kilogram (kg) dadah jenis methamphetamine di rumahnya di Pinrang, Sulawesi Selatan kelmarin.

Jurucakap polis Sulawesi Selatan, Frans Barung berkata, dadah itu dirampas dalam satu serbuan di rumah pegawai polis, Supardi yang bertugas di balai polis daerah Sidenreng Rappang.

Serbuan yang diketuai Ketua Polis Pinrang, Adri Irniadi menemui 400 gram dadah di almari suspek dan 4kg lagi dalam bilik simpanan.

Suspek bersama isteri dan anaknya tinggal di kediaman yang dimiliki oleh ibu bapanya.

Frans memberitahu, tiada tangkapan dibuat dalam serbuan berkenaan kerana suspek kini sedang menjalani latihan.

Sementara itu, Adri berkata, sekiranya didapati bersalah, suspek kemungkinan berdepan dengan hukuman mati.

“Suspek bukan sahaja berdepan hukuman mati, tetapi jawatannya dalam polis turut digantung,” jelasnya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 April 2016 @ 7:55 AM