GAMBAR yang tular di media sosial. FOTO Agensi.
GAMBAR yang tular di media sosial. FOTO Agensi.
Agensi

PESHAWAR: Seorang menteri Pakistan menjadi bualan hangat netizen negara itu selepas muncul dengan telinga dan misai kucing dalam siaran langsung sidang media menerusi Facebook, kelmarin. 

Gambar penampilan Menteri Kesihatan dan Informasi wilayah Khyber Pakhtunkhwa, Shaukat Yousafzai itu menjadi tular selepas seorang kakitangan pasukan media sosial tertekan ‘filter’ kucing ketika siaran langsung. 

Difahamkan sidang media itu berkaitan beberapa keputusan dibuat oleh kerajaan terdahulu. 

Ruang komen siaran langsung itu dibanjiri komen selepas penonton melihat telinga merah jambu dan misai kucing mula muncul atas kepala menteri terbabit dan juga beberapa pegawai lain. 

Biarpun video itu sudah dipadamkan, gambar lucu Yousafzai masih ada di media sosial. 

Yousafzai ketika dihubungi AFP mengesahkan insiden itu dan berkata ia berlaku dengan tidak sengaja. 

“‘Filter’ kucing itu secara tidak sengaja ditekan. Jangan mengambil serius terhadap semua perkara. 

“Bukan saya seorang terkena dan dua pegawai yang duduk sebelah saya turut menjadi kucing,” katanya. 

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Jun 2019 @ 1:06 PM