Gaya Khairul Idham dengan motosikal Honda ketika perlumbaan. - Foto AFP
Gaya Khairul Idham dengan motosikal Honda ketika perlumbaan. - Foto AFP
Khairul Idham (tengah) di atas podium bersama Jorge Navarro (kiri) dan s Brad Binder (kanan) selepas menjuarai  Moto3 Grand Prix Argentina, sebentar tadi. - Foto AFP
Khairul Idham (tengah) di atas podium bersama Jorge Navarro (kiri) dan s Brad Binder (kanan) selepas menjuarai Moto3 Grand Prix Argentina, sebentar tadi. - Foto AFP
Saiful Affendy Sapran


Kuala Lumpur: Khairul Idham Pawi mencipta sejarah untuk Malaysia apabila muncul pelumba pertama negara menaiki podium tempat pertama Kejuaraan Motosikal Dunia selepas mendominasi saingan Moto3 Grand Prix Argentina sebentar tadi.

Pelumba Honda Team Asia yang baru berusia 17 tahun itu yang bermula di petak ketujuh, mempamer tunggangan bergaya apabila mendominasi saingan sejak awal perlumbaan.

Pelumba rookie negara itu melepasi garisan penamat dengan kelebihan 26.170 saat berbanding Jorge Navarro dari pasukan Estrella Galicia (Sepanyol) di tempat kedua dan Brad Binder dari Afrika selatan yang menunggang motosikal KTM di tempat ketiga.

Malang menimpa seorang lagi pelumba negara Adam Norrodin dari pasukan SIC Racing Team yang terjatuh ketika menghampiri garisan penamat selepas bersaing sengit dengan Navarro untuk kedudukan kedua.

Pencapaian terbaik pelumba negara sebelum ini menerusi Zulfahmi Khairuddin yang meraih podium kedua pada GP Malaysia 2012 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 April 2016 @ 1:27 AM