PELUMBA ketika sesi kelayakan Moto3. FOTO AFP
PELUMBA ketika sesi kelayakan Moto3. FOTO AFP
Aida Adilah Mat

Kuala Lumpur: Hasrat menyaksikan pelumba negara mengulangi pencapaian minggu lalu pada aksi Moto3 Kejuaraan Motosikal Dunia Grand Prix (GP) Amerika Syarikat di Austin, Texas tidak kesampaian apabila kedua-dua pelumba negara mencatat keputusan mengecewakan, awal pagi tadi.

Adam Norrodin, 17, yang bermula di petak keenam selepas sesi kelayakan dilihat berpeluang cerah merebut kedudukan podium menebus kekecewaan minggu lalu bagaimanapun gagal meneruskan perlumbaan apabila terbabit kemalangan.

Pelumba SIC Racing Team itu dilanggar dari belakang pada pusingan kedua menyebabkannya terjatuh.

Sementara itu, Khairul Idham Pawi, 17, yang mencipta sejarah Malaysia apabila muncul juara di GP Argentina minggu lalu sekadar menamatkan saingan di kedudukan ke-20.

Khairul Idham yang bermula di petak ke-32 dilihat sukar untuk melepasi kelompok pendahulu.

Saingan Moto3 GP Amerika Syarikat dikuasai oleh pelumba daripada pasukan KTM, Romano Fenati selepas melepasi garisan penamat pada masa 41 minit 14.868 saat, meninggalkan Jorge Navarro tempat kedua (41 minit 21.480 saat) dan Brad Binder (41 minit 25.403 saat).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 April 2016 @ 2:08 AM