ADAM Norrodin. FOTO arkib NSTP
ADAM Norrodin. FOTO arkib NSTP
Ferzalfie Fauzi


PELUMBA Moto3 negara, Adam Norrodin berjaya menduduki tempat kesembilan dalam perlumbaan Grand Prix (GP) Republik Czech di Litar Masaryk Brno, hari ini.

Ia adalah kedudukan paling baik buat pelumba SIC Racing Team itu sepanjang saingan musim ini dan membolehkannya meraih tujuh mata.

Adam yang berusia 19 tahun mengumpul 16 mata keseluruhan dan aksi terbaiknya sebelum ini ialah meraih tempat ke-10 di Losail, Qatar Mac lalu.

Juara perlumbaan Moto3 hari ini milik Joan Mir dari Leopard Racing, manakala tempat kedua diraih Romano Fenati (Marinelli Rivacold Snipers) dan Aron Canet (Estrella Galicia) di tempat ketiga.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 Ogos 2017 @ 6:14 PM