Kebanyakan selebriti wanita Korea Selatan kerap dikaitkan dengan pembedahan plastik.

Hakikatnya, kecantikan mereka sering diperdebatkan dan ramai percaya ia tidak asli.

Bagaimanapun, berbeza buat anggota Girls’ Generation iaitu Seohyun yang mengejutkan ramai dengan kecantikan semula jadinya.

Bagaikan tidak dimamah usia, yang pasti wajahnya tiada perubahan sejak dulu.

Seohyun diberi pujian melambung selepas gambar perbezaan wajahnya dulu dan sekarang didedahkan.

Sejak dia kanak-kanak, langsung tiada perbezaan ketara pada keaslian wajah cantiknya itu.

Ia membuatkan pengguna Internet percaya Seohyun bukan tergolong antara mereka yang membuat pembedahan plastik.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 Mac 2016 @ 11:59 AM