Mayat Mohd Firdaus ditemui 5.25 petang tadi. FOTO ihsan bomba
Mayat Mohd Firdaus ditemui 5.25 petang tadi. FOTO ihsan bomba
Zuliaty Zulkiffli


Padang Terap: Remaja lelaki yang hilang di Pusat Rekreasi Pengkalan Tok Mas, di sini, sejak petang semalam ditemui lemas kira-kira lima kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh, petang tadi.

Mayat Mohd Firdaus Yap Abu Bakar Yap, 18, ditemui pada 5.25 petang selepas hampir 24 jam operasi mencari dan mengesan mangsa dilakukan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Penguasa Kanan Bomba I Nazri Zakaria berkata, mayat mangsa ditemui tersangkut pada ranting oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) JBPM Sungai Petani.

Katanya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut sebelum dihantar ke Hospital Kuala Nerang.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Mac 2016 @ 6:22 PM