Depp (kanan) pelawa pemain bass The Beatles, McCartney untuk berlakon atas hubungan baik mereka. FOTO DEADLINE HOLLYWOOD
Depp (kanan) pelawa pemain bass The Beatles, McCartney untuk berlakon atas hubungan baik mereka. FOTO DEADLINE HOLLYWOOD
Susunan Oleh Michelle Gun

Los Angeles: Penyanyi legenda Paul McCartney bakal bergandingan dengan bintang Pirates of the Caribbean, Johnny Depp dalam filem kelima yang diberi judul Dead Men Tell No Tales (DMTNT).

Bagaimanapun produksi Pirates of the Caribbean enggan mendedahkan watak yang dibawa bekas anggota kumpulan The Beatles itu.

Menurut The Sun, McCartney, 73, dipercayai mendapat tawaran lakonan itu kerana mempunyai hubungan baik dengan Depp.

Sumber memberitahu The Sun, McCartney enggan melepaskan peluang berlakon dalam filem itu kerana adalah peminat setia Pirates of the Caribbean.

Depp, 52, yang berlakon sebagai Kapten Jack Sparrow dalam Pirates of the Caribbean pernah muncul dalam klip video lagu McCartney, Queenie Eye.

Filem Pirates of the Caribbean: Dead Men Tell No Tales akan ditayangkan di pawagam pada tahun depan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Mac 2016 @ 4:12 PM