DEPP sebagai Jack Sparrow.
DEPP sebagai Jack Sparrow.
Agensi

Los Angeles: Disney menawarkan RM1.3 bilion kepada Johnny Depp, 59, untuk kembali membintangi sekuel filem Pirates of the Carribean susulan kemenangan samannya terhadap bekas isteri, Amber Heard, baru-baru ini.

Depp yang melakonkan watak Jack Sparrow menerajui sekuel terdahulu filem itu selama 15 tahun. Bagaimanapun, pada 2018 dia digugurkan daripada sekuel berkenaan.

Penampilan terakhirnya adalah menerusi sekuel Black Pearl in Dead Men Tell No Tales pada 2017 sebelum mengucapkan selamat tinggal terhadap projek berkenaan.

Menurut sumber dalaman, Disney kembali berminat untuk menjalin kerjasama dengan Depp dan sudah menghubunginya baru-baru ini.

"Mereka ada cuba mendapatkan pelakon itu selepas kes perbicaraannya bersama Amber dan bertanya sekiranya dia berminat kembali berlakon untuk satu atau dua filem itu," katanya.

Sumber itu turut mendedahkan, Depp dirisik bagi menjayakan projek lain untuk Disney Plus.

"Tawaran itu adalah untuk Johnny Depp kembali menghidupkan watak Jack Sparrow dalam Pirates of the Carribean 6 serta putaran cerita mengenai kehidupan awal Captain of the Black Pearl untuk Disney Plus," katanya.

Disney dikhabarkan sudah pun menyiapkan draf untuk watak Jack Sparrow dalam projek akan datang itu. Syarikat produksi terbabit sangat berharap Depp akan memaafkan mereka dan kembali menjayakan watak ikonik itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Jun 2022 @ 12:02 PM