LOGO baru Azzurri.
LOGO baru Azzurri.
AFP

ROME: Persekutuan Bolasepak Itali (FIGC) memperkenalkan logo baru dengan empat bintang menandakan kejayaan Piala Dunia negara itu menjelang pusingan akhir 2018 di Russia.

Azzurri menang trofi itu pada 1934, 1938, 1982 dan 2006 dan berada di tangga kedua di belakang Brazil yang mendahului dengan lima kejuaraan.

“Identiti visual baru FIGC melengkapkan satu proses pembaharuan yang bermula tiga tahun lalu, kami memandang masa depan dengan menghargai sejarah kami,” kata presiden FIGC, Carlo Tavecchio.

“Logo baru dengan empat bintang hasil kejayaan sebelum ini lebih jelas kerana ia mewakili kebanggaan seluruh negara.”

Logo itu - yang termasuk perkataan ‘Italia’ - menampilkan reka bentuk lebih moden berbanding logo yang diperkenalkan selepas kejayaan Piala Dunia 2006 dan akan diperagakan di jersi baru Itali 2018 yang dikeluarkan hujung bulan ini.

Itali kali pertama menggunakan jersi biru bagi pasukan Azzurri pada 1911.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Oktober 2017 @ 10:21 AM