AYDA Jebat.
AYDA Jebat.
KEJUTAN daripada AJ Screamer.
KEJUTAN daripada AJ Screamer.
BERDUET bersama adik-beradik.
BERDUET bersama adik-beradik.
AYDA bersama ahli keluarga pada majlis sambutan hari jadi ke-24.
AYDA bersama ahli keluarga pada majlis sambutan hari jadi ke-24.
AYDA bersama enam orang kuat AJ Screamer.
AYDA bersama enam orang kuat AJ Screamer.
Syanty Octavia Amry


Kemenangan besar yang diraih pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat pada Anugerah Meletop Era baru-baru ini menjadi pertikaian beberapa pihak.

Malah ada ahli kelab artis lain turut mempersoalkan kemenangan itu.

Menyedari senario itu, penyanyi bertubuh genit ini mengakui tertekan.

“Selepas kemenangan ini, banyak komen negatif dan luahan tidak puas hati saya dengar.

“Tertanya-tanya juga adakah menjadi satu kesalahan apabila kemenangan berpihak kepada saya? Dua hari selepas majlis itu berlangsung, saya bertemu dengan Johan, Ray dan Haniff secara kebetulan.

“Mereka banyak menasihati saya. Antaranya, jangan pedulikan kata-kata negatif yang dilemparkan orang ramai.

Mungkin juga kerana sikap saya yang suka membaca komen peminat membuatkan saya tertekan dan hilang keyakinan.

“Selepas mendengar nasihat Johan, saya abaikan semua komen tidak membina malah ada juga yang saya buang dan sekat di laman Instagram saya,” katanya.

Ayda ketika ditemui pada majlis sambutan ulang tahunnya yang ke-24 Sabtu lalu berkata, untuk acara yang membabitkan undian peminat,

rang ramai perlu lebih terbuka apabila kemenangan tidak berpihak kepada artis kesayangan mereka.

“Saya menang hasil undian peminat. Popular atau tidak, itu semua kerja peminat. Sebagai artis saya perlu terus aktif berlakon dan menyanyi.

“Syukur kelab peminat saya, AJ Screamer tidak putus-putus menyokong pembabitan dalam bidang seni selepas keluar dari Akademi Fantasia musim ke–sembilan.

“Tanpa sokongan mereka tidak mungkin saya berada di kedudukan sekarang. Bagi saya, selain keluarga, kelab peminat juga penting dalam membantu kejayaan anak seni,” katanya.

Genap usia 24 tahun pada 17 Mac lalu, Ayda mengakui dirinya tidak mempunyai impian sebaliknya lebih selesa bergerak mengikut arus.

“Sejak dulu saya susah hendak ada apa-apa impian. Saya hanya melakukan sesuatu mengikut keadaan dan apa yang dirasakan perlu.

“Apa yang penting, saya boleh buat ramai orang senyum. Tidak kiralah mereka suka atau benci kepada saya,” katanya.

Pada majlis ulang tahunnya itu, AJ Screamer turut dilancarkan secara rasmi dengan mencatat 64,000 ahli termasuk dari Singapura, Brunei dan Indonesia.

Berkongsi perkembangan terkini, Ayda sibuk menjalani penggambaran filem Pinjamkan Hatiku yang turut dibintangi Shaheizy Sam dan Farid Kamil.

“Penggambaran ini akan memakan masa selama sebulan. Selain itu, saya masih dalam rangka promosi single Pencuri Hati.

“Insya-Allah, lagu ini akan dihasilkan dalam pelbagai versi antaranya dangdut dan balada.

“Untuk versi dangdut mungkin kita akan menembusi pasaran Indonesia. Tahun ini saya akan fokus dengan single Pencuri Hati sahaja,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Mac 2016 @ 9:14 AM