FOTO Hassan Omar
FOTO Hassan Omar
Hassan Omar


Alor Gajah: Dua nelayan terkejut selepas ikan yu seberat 71 kilogram (kg) terperangkap dalam jaring mereka ketika menangkap ikan di perairan kira-kira 12 batu nautika dari Pantai Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah, di sini, 4 petang semalam.

Nelayan yang juga tekong bot yang mahu dikenali sebagai Ah Kau, 50, berkata dia dan rakannya Ah Chai, 42, pada mulanya menyangka jaring itu tersangkut berikutan mesin digunakan untuk menariknya menjadi perlahan.

Ah Kau berkata, selepas melakukan penelitian dia mendapati seekor ikan yu tersangkut pada jaring berkenaan dan dia dibantu Ah Chai kemudian terus berusaha untuk menaikkan ikan itu ke atas bot.

"Ikan yu itu dianggarkan berukuran 2.13 meter, saya juga terpaksa mendapatkan bantuan nelayan lain ketika memindahan ikan itu dari bot ke lori kerana tidak berdaya mengangkatnya seorang diri.

"Proses memindahkan ikan yu itu juga dilakukan secara berhati-hati kerana ikan terbabit masih hidup dan menggelupur," katanya.

Katanya, pada kebiasaan ikan itu dijual pada harga antara RM13 hingga RM15 satu kg dan dia dianggarkan mampu memperoleh antara RM900 hingga RM1,100.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Mac 2016 @ 12:59 PM