PAKAIAN kelihatan kemas jika disusun dengan betul.
PAKAIAN kelihatan kemas jika disusun dengan betul.
Susunan Suliati Asri

Salah satu permasalahan yang mungkin dianggap remeh, tetapi selalu meresahkan semasa bercuti adalah penampilan.

Setiap kali, kita berhadapan dengan kesulitan menjaga pakaian supaya ia tetap kelihatan kemas apabila dikeluarkan dari beg pakaian.

Justeru, bagi membantu anda keluar dari keresahan ini dan memastikan agar anda dapat bercuti sambil menjaga pakaian supaya tetap rapi mesti pun sudah menempuh perjalanan yang jauh, tip melancong minggu ini ada butirannya.

Beg kantung dan beg pakaian

Jika anda mengunjungi kedai yang khusus menjual barangan keperluan melancong, carilah beg pakaian yang sesuai dengan keperluan anda.

Jangan lupa juga mencari beg atau kantung kecil yang berfungsi untuk menyimpan pakaian supaya ia tidak bercampur dengan benda lain di dalam beg pakaian.

Gunakan kantung atau beg kecil itu saat mengemas pakaian yang di bawa bercuti.

Selain untuk pakaian, beg kantung itu boleh meletakkan kasut serta barangan lain anda.

Steamer

Jika bercuti dan merancang untuk menginap di hotel yang tidak menyediakan kemudahan seterika atau steamer, anda boleh mempersiapkan diri dengan membawa steamer khusus untuk mengembara.

Steamer ini kini boleh didapati di kebanyakan pusat membeli-belah terkemuka.

Membawa steamer ini cukup praktikal lebih-lebih lagi jika perjalanan anda itu atas urusan perniagaan dan memerlukan anda sentiasa berkaian kemas.

Tidak siapa yang boleh meneka apa yang akan terjadi semasa bercuti. Boleh saja tiba-tiba butang baju anda terlepas dari kemeja atau benang rajutan keluar dari sweater kesayangan anda.

Bagi mengelak anda kecewa tidak dapat memakai pakaian kesukaan itu, persiapkan diri anda dengan bekas peralatan menjahit.

Lengkapkan juga kotak menjahit anda itu dengan barangan yang mudah seperti jarum peniti, benang, jarum, dauble tape, butang gantian dan gunting kecil.

Dengan adanya kota jahitan itu, anda pastinya tidak akan berdepan masalah jika berlaku sebarang masalah berkaitan pakaian terutama pakaian terkoyak atau butang tercabut.

Gulung jangan lipat

Jangan melipat pakaian yang akan dibawa bercuti terutama baju berbahan kain kapas dan jersey. Ada baiknya anda membiasakan diri mengemas baju dengan cara meng­gulungnya.

Kaedah ini juga sesuai untuk kemeja, seluar, skirt dan jaket. Selain ringkas, teknik ini juga membantu anda meringankan bebas beg pakaian anda.

Melapisi bahan sutera

Khusus untuk pakaian dengan material sutera, anda perlu memberi perhatian lebih terperinci memandangkan jenis kain ini sangat terdedah dengan keadaan kusut.

Cara terbaik dengan meletakkan baju sutera di bahagian paling atas beg atau beg pakaian anda.

Selepas semuanya selesai di kemas, lapiskan bahagian atas dengan beg plastik bersih. Di atasnya, letak baju sutera dan baju lain sebelum menutup beg pakaian anda.

Dengan cara itu, baju kain sutera anda terlindung dari kusut.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Oktober 2014 @ 3:03 AM