Haruman sememangnya melepaskan aura tersendiri kepada si pemakai. Aroma menyegarkan dengan bau-bauan bunga-bungaan serta alam semula jadi semestinya memberikan rangsangan berharga bagi menjalankan aktiviti seharian.

Tanpa wangian terasa seakan-akan ada yang tidak kena. Merealisasikan keinginan wanita yang inginkan sesuatu yang meng­gembirakan sepanjang

hari Hugo memperkenalkan Hugo Extreme untuk lelaki dan wanita dengan aroma ikonik memikat.

Untuk wanita, Freja Beha Erichsen diangkat sebagai duta terbaru Hugo Wanita bagi memancarkan keyakinan dan kewanitaan yang nyata. Untuk lelaki pula Adrien Sahores kembali dalam kempen Hugo Man Extreme yang lebih berkarisma bagi mempertingkatkan keyakinan si pemakai.

Kesegaran epal hijau pastinya menusuk jiwa diperkemaskan dalam botol unik dan menawan. Untuk lelaki haruman menggoda pastinya memberikan keyakinan sepanjang hari. Hugo Man Extreme (tersedia dalam 60ml dan 100ml) dan Hugo Women Extreme terdapat dalam 30ml, 50ml dan 75ml. Kesemuanya sudah ada di pasaran bermula Februari lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Mac 2016 @ 5:40 AM