Kehadirannya sentiasa menggamit perhatian, gayanya penuh garapan tersendiri tanpa mengikut kebiasaan. Tak kira apa jua ranjau kehidupan, semangat dan keyakinannya tidak pernah luntur.

Dia sentiasa bersedia menghadapi segalanya. Keanggunan dan ciri kewanitaan miliknya menjadi dambaan semua wanita.

Dengan semburan haruman Viva by Fergie, anda boleh rasakan sendiri keyakinan dan keberanian milik penya­nyi, pelakon, peragawati dan ikon, Fergie.

Viva by Fergie adalah kolaborasi ketiga artis antarabangsa Fergie bersama Avon yang bertujuan memberikan keberanian berdikari, meraikan sudut lain seorang wanita dan keyakinan untuk hidup dengan gaya tersendiri.

Diadun bersama beberapa herba, bungaan dan tumbuhan antaranya herba dingin segar, pepohon hijau dan herba yang semerbak menghasilkan kombinasi aroma menyegarkan deria.

Malah putik lavender mempunyai haruman yang nyaman dengan sedikit ketajaman unik, memberikan kesinambungan kepada aroma maskulin dan feminin.

Rumpun vetiver antara aroma kayuan paling wangi mempunyai aroma ala kulit yang ringan membuatkan haruman ini begitu sensual.

Haruman Viva amat segar dan luar biasa ­dengan gabungan aroma maskulin dan feminin. Herba dingin membuka haruman, diselangi bungaan yang nyaman dan diakhiri dengan kehangatan kayuan serta tanah yang mengasyikkan.

Mulakan langkah penuh keyakinan dengan haruman Viva by Fergie Eau de Parfum yang sensual lagi berani yang boleh didapati daripada wakil Avon dan butik kecantikan Avon pada harga RM109 dan RM125.35 di Sabah dan Sarawak.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 April 2015 @ 12:43 PM