Oleh Faizatul Farlin Farush Khan


Gucci memperkenalkan haruman lebih ringan dan semerbak Gucci PremiËre eau de toilette. Bauan segarnya menonjolkan sisi sensual yang feminin dan membuatkan wanita kelihatan lebih yakin diri.

Selebriti Hollywood, Blake Lively dipilh sebagai duta bagi melambangkan wangian serasi dengan dunia glamor yang feminin.

Blake mengakui haruman berkenaan membawa keyakinan kepadanya, malah ia turut meningkatkan rasa seksi dalam diri wanita.

Didatangkan dalam kotak penuh perincian unik dan glamor, haruman itu disegarkan dengan bauan oren, minyak sitrus, bunga freesia, melati dan ros Bulgaria.

Sebaik wangian itu me­ngering di kulit, bauan lembut dan kasturi menonjolkan karisma si pemakai. Rangkaian wangian terdiri daripada Gucci PremiËre eau de toilette 30ml pada harga RM240, kandungan 50ml (RM291) dan kandungan 75ml (RM407) kini boleh didapati di pasaran.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 November 2014 @ 5:02 AM