FENOMENA gerhana matahari separa di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah bermula 7.32 pagi. FOTO Osman Adnan
FENOMENA gerhana matahari separa di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah bermula 7.32 pagi. FOTO Osman Adnan
PELAJAR Sekolah Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Shah Alam (dari kiri) Nurin Aida bersama rakanya, Faridah Nuha, Salmi Izzati Hanizam, Nur Zaidatul dan Aisyah Hanis Hamide tidak melepaskan peluang untuk melihat gerhana matahari separa menggunakan "Teleskop Celestron Hitam" di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah. FOTO Shazreen Zamzuri

Ayusliza Azizan

Shah Alam: Lebih 2,000 orang hadir di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah (MSSAAS) bagi menyempurnakan solat sunat gerhana matahari, pagi tadi.

Solat sunat pada 8.30 pagi itu diimamkan Imam Besar MSSAAS Muhammad Farhan Wijaya.

Khutbah disampaikan Timbalan Mufti Selangor, Dr Anhar Opir selama 15 minit.

Sementara itu, pelajar akademik latihan tahfiz Ar-Rasyad, Seksyen 8, Siti Umairah Jalil, 17, berkata, dia bersyukur kerana berpeluang sekali lagi melakukan solat sunat gerhana matahari.

"Solat sunat ini dilakukan adalah bagi memuji kebesaran Allah SWT," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Mac 2016 @ 1:03 PM