Oleh Khairul Hamizy Ramlee

Kuala Terengganu: Seramai 2,563 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 di Terengganu memperoleh keputusan cemerlang gred A tahun ini.

Pengarah Jabatan Pendidikan negeri Zakaria Hussin berkata, pencapaian keseluruhan 21,099 calon tahun ini meningkat sebanyak 0.06 mata GPN (Gred Purata Negeri) iaitu 2.20 pada 2013 dan 2.14 pada 2014.

Menurutnya, pencapaian calon cemerlang yang mendapat semua A mengalami sedikit penurunan daripada 14 peratus pada 2013 kepada 12.10 peratus pada tahun ini.

Katanya, peratusan calon yang mendapat Pencapaian Baik dengan minimun gred C bagi semua mata pelajaran diduduki, meningkat sebanyak 5.50 peratus daripada 69.10 peratus tahun lalu kepada 74.60 peratus pada 2014.

"Peratusan calon yang mendapat pencapaian semua mata pelajaran di bawah tahap pencapaian minimum juga berkurangan sebanyak 1.38 peratus.

"Tahun lalu sebanyak 3.58 peratus tahap pencapaian di bawah tahap minimum dan Alhamdulillah tahun ini jumlah itu menurun iaitu hanya 2.20 peratus.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 November 2014 @ 1:49 PM