Kenyataan media Kementerian Pendidikan.
Kenyataan media Kementerian Pendidikan.
Nursyahirah Marzuki


Putrajaya: Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 akan diumumkan 3 Mac ini (Khamis).

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan berkata, calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai 10 pagi.

"Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar dahulu.

"Pihak kita juga menyediakan perkhidmatan semakan keputusan peperiksaan SPM melalui mySMS 15888 dengan menaip SPM jarak taip nombor kad pengenalan jarak taip angka giliran dan hantar ke 15888." katanya di sini, hari ini.

Seramai 440,682 calon mendaftar untuk menduduki SPM tahun lalu di 3,501 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Februari 2016 @ 8:06 PM