Anggota keselamatan Afghanistan memeriksa lokasi penyerang nekad meletupkan dirinya di depan Konsulat India di Jalalabad, hari ini. - Foto REUTERS
Anggota keselamatan Afghanistan memeriksa lokasi penyerang nekad meletupkan dirinya di depan Konsulat India di Jalalabad, hari ini. - Foto REUTERS
AFP

Jalalabad, Afghanistan: Militan yang menggunakan penyerang nekad menyerang Konsulat India di sini, menyebabkan lapan terbunuh, termasuk empat penyerang.

Menurut Kementerian Luar India di New Delhi tiada diplomatnya yang cedera atau mati selepas penyerang nekad meletupkan dirinya di pintu masuk konsulat membolehkan empat lelaki bersenjata memasuki halaman.

“Semua empat penyerang itu mati ditembak anggota pasukan keselamatan.

“Turut terbunuh dua orang awam dan seorang anggota polis manakala 19 lagi cedera,” kata jurucakap kerajaan Afghanistan Attaullah Khogyani.

Belum ada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Mac 2016 @ 8:18 PM