BELUM ada kumpulan militan di Afghanistan mengaku melakukan serangan itu.
BELUM ada kumpulan militan di Afghanistan mengaku melakukan serangan itu.

3 terbunuh, 19 cedera akibat letupan di Afghanistan

Reuters

JALALABAD, Afghanistan: Dua letupan yang meletus serentak di Jalalabad, hari ini mengorbankan tiga nyawa dan mencederakan seramai 19 orang.

Jurucakap kerajaan wilayah Nangarhar, Ataullah Khogyani berkata, dua kanak-kanak dan lapan anggota keselamatan antara mangsa yang tercedera.

Menurut Reuters, punca letupan masih belum diketahui lagi.

Setakat ini, belum ada kumpulan militan di Afghanistan mengaku melakukan serangan itu. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 April 2019 @ 6:43 PM