FOTO Fathil Asri
FOTO Fathil Asri
Siti Nadzirah Che Mud

Kota Bharu: Polis membuat rampasan dadah jenis pil kuda bernilai RM8.3 juta dalam serbuan di Rantau Panjang, 20-23 Februari.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Deputi Komisioner Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim, berkata rampasan itu adalah yang terbesar pada tahun ini kerana membabitkan 414,000 pil kuda .

Katanya, operasi dilakukan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING).

Menurutnya, polis menahan 14 suspek yang terbabit dalam pengedaran dadah termasuk 12 lelaki dan dua wanita terdiri daripada warga Thailand dan tempatan yang berusia 27 hingga 69 tahun.

"Dalam operasi itu, kita juga merampas lapan kereta yang diubah suaibarangan kemas dan wang.

“Semua suspek yang ditahan akan direman mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1953 bagi siasatan lanjut," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan ( IPK) Kelantan, di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Februari 2016 @ 6:11 PM