Mohd Dzuraidi (dua dari kanan) menunjukan sebahagian ganja yang dirampas pada sidang media di IPK Kedah, hari ini. FOTO Sharul Hafiz Zam
Mohd Dzuraidi (dua dari kanan) menunjukan sebahagian ganja yang dirampas pada sidang media di IPK Kedah, hari ini. FOTO Sharul Hafiz Zam
Oleh Norul Awatif Romli

Alor Setar: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) Bukit Aman menumpaskan sindiket pengedaran dadah dan merampas ganja serta pil ekstasi bernilai RM522,000 menerusi tiga serbuan di Bukit Kayu Hitam serta Sungai Petani, Kedah dan Bayan Lepas, Pulau Pinang, pada kelmarin dan semalam.

Dalam serbuan berkenaan tujuh lelaki berusia antara 17 hingga 59 tahun dan seorang wanita warga asing berusia 36 tahun ditahan.

Sebanyak 172 ketulan mampat ganja dan 159 biji pil ekstasi dirampas.

Timbalan Pengarah (Pelucuthakan Harta/Perundangan Tahanan) JSJN Bukit Aman Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, serbuan itu dilakukan hasil maklumat awam dan risikan pihaknya sejak enam bulan lalu.

"Semua suspek yang ditahan direman antara empat hingga tujuh hari bermula semalam hingga Ahad ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya pada sidang media di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Ogos 2015 @ 5:30 PM