Mustapa berjabat tangan dengan Ketua Asia Pasifik WEF, Justin Wood di majlis menandatangani perjanjian kerjasama antara Miti dan WEF di sini, hari ini. FOTO Yusni Arifin
Mustapa berjabat tangan dengan Ketua Asia Pasifik WEF, Justin Wood di majlis menandatangani perjanjian kerjasama antara Miti dan WEF di sini, hari ini. FOTO Yusni Arifin
Sri Ayu Kartika Amri


Kuala Lumpur: Malaysia terus terpilih menjadi penganjur bagi Forum Ekonomi Dunia (WEF) Asean kali kedua yang akan diadakan pada 1 hingga 2 Jun 2016.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, forum berkenaan menyediakan peluang yang unik untuk bertukar idea dalam kalangan peserta.

Katanya, Malaysia sudah membuktikkan negara ini layak untuk menganjurkan acara bertaraf global terutama dengan kejayaan menerusi penganjuran Komuniti Ekonomi Asean (AEC) pada Ogos tahun lalu.

"Ini adalah kali kedua Malaysia menjadi tuan rumah bagi penganjuran forum itu selepas kali pertama pada 2008.

"Forum ini juga akan mengetengahkan pembabitan pengusaha kecil dan sederhana (PKS) iaitu elemen utama dalam inisiatif integrasi ekonomi Asean menerusi pelancaran Pelan Tindakan Strategi Asean bagi pembangunan PKS 2016-2025," katanya pada sidang media di majlis menandatangani perjanjian kerjasama antara Miti dan WEF di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Februari 2016 @ 6:22 PM