NOTIS (dalam bulatan)  ditampal pada patung dewa berkenaan.
NOTIS (dalam bulatan) ditampal pada patung dewa berkenaan.
Agensi

Rohtas (India): Sebuah mahkamah rendah di sini mengeluarkan saman kepada dewa Hanuman supaya hadir di mahkamah berhubung sebuah kuil di tepi jalan yang didedikasikan kepadanya di sini.

Majistret di daerah Rohtas di negeri Bihar meminta dewa itu hadir di mahkamah selepas dia didakwa menceroboh dalam kes yang difailkan Jabatan Kerja Raya.

Perintah mahkamah itu ditampal pada patung dewa berkenaan di kuil Dehri-on-Sone oleh pegawai daerah terbabit.

Jabatan itu, dalam aduannya, memohon campur tangan mahkamah untuk mengubah kedudukan kuil ‘Panchmukhi’ Hanuman kerana ia menyebabkan kesesakan jalan raya.

Sekumpulan aktivis kumpulan pelampau Bajrang Dal dan pekerja parti Bharatiya Janata tempatan menentang notis mahkamah itu dan mendesak ia ditarik balik.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Februari 2016 @ 8:49 AM